DIGITAL PEMASARAN KEK LAPIS SARAWAK

1.0 PENDAHULUAN

Sarawak merupakan negeri yang amat terkenal dengan keunikan dan keaslian budaya yang mencukupi pelbagai etnik dan warisan. Kepelbagaian ini bukan sahaja membawa nama negeri Sarawak harum di dalam negara malah meniti di persada dunia. Artikel ini adalah berdasarkan daripada sumber utama iaitu dokumentasi secara lisan tentang makanan warisan negeri Sarawak iaitu Kek Lapis Sarawak. 


 



Kek Lapis Sarawak merupakan makanan tradisi masyarakat Sarawak yang sememangnya menjadi hidangan wajib dalam setiap perayaan yang diraikan di negeri Sarawak. Artikel ini menggunakan pendekatan sesi temubual bersama tokoh yang berpengalaman dalam bidang ini iaitu Cik Husna Syi’ain binti Helmi di mana beliau merupakan seorang pengusaha Kek Lapis Sarawak yang terkenal bukan sahaja di negeri Sarawak malahan juga di Semenanjung Malaysia. Artikel ini bertujuan untuk menyelidik latar belakang Kek Lapis Sarawak sehingga ianya dijadikan sebagai makanan tradisi dalam kalangan masyarakat Sarawak sehingga kini. Artikel ini juga mengupas tentang cara dan teknik pembuatan Kek Lapis Sarawak dan untuk mengkaji cabaran yang dihadapi dalam proses penghasilan Kek Lapis Sarawak. Kata kunci: Sarawak, Kek Lapis Sarawak, Betawi, bakar, kukus.




2.0 KEK LAPIS SARAWAK

  • Kek Lapis Berasal Dari Negeri Sarawak, dengan Pengaruh Cake Layer Dari Europe

  • Di Malaysia, Kek Lapis Sarawak telah dilindungi hakcipta nama dan tempat pengeluarannya sejak tahun 2010, didaftarkan dan diluluskan pada 10 November 2010 di Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Oleh yang demikian, sebarang produk hanya boleh digelar atau dijenamakan sebagai "Kek Lapis Sarawak/Sarawak Layer Cake" jika kek tersebut dibuat di Sarawak, Malaysia berdasarkan spesifikasi Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS).

3.0 KEDAI-KEDAI KEK LAPIS SARAWAK





 
4.0 LOKASI KEDAI KEK LAPIS



5.0 PEMASARAN KEK LAPIS SARAWAK

Promosi yang dilakukan melalui saluran digital seperti aplikasi mudah alih, mel-eletronik, media sosial dan laman sesawang dipanggil pemasaran digital. Pemasaran digital ialah cara perniagaan menjual produk, perkhidmatan, dan jenama mereka dengan mengaplikasikan melalui saluran media dalam talian ini. Kini, pelbagai strategi pemasaran boleh dilaksanakan secara pendigitalan melalui kemudahan internet. 

Untuk meningkatkan keberkesanan syarikat dan menggalakkan inovasi, usahawan harus mengoptimumkan kemudahan ini. Pengguna sekarang berharap pada kaedah digital untuk mendapatkan maklumat tentang produk. Dengan penglibatan pemasaran membolehkan perniagaan mengumpul data dan maklum balas secara berkala dan berhubung dengan pelanggan yang berpotensi dengan cara yang berharga. Dengan ini pelanggan sudah bersedia untuk membeli barangan dari perniagaan yang sudah tersedia. Antara jenis pemasaran atas talian yang sering digunakan ialah;- 

1. Sesawang 
2. Pemasaran Media Sosial 
3. Pemasaran e-Mel (e-Mail Marketing) 
4. Pemasaran Kandungan (Content Marketing)
5. Pemasaran PPC & SEM




Perkembangan teknologi media sosial seperti Facebook dan Instagram sedikit sebanyak membantu memperkenal dan melariskan produk terkenal Kek Lapis Sarawak itu secara meluas.

Selain itu, dengan mewujudkan sebuah laman sesawang bagi memasarkan Kek Lapis Sarawak. Para pelanggan yang berminat boleh terus membuat tempahan Kek Lapis Sarawak pelbagai rasa secara atas talian. Cara ini lebih mudah, pantas dan selamat terutama kepada mereka yang mungkin sukar untuk mendapatkan Kek Lapis sarawak di kedai-kedai fizikal.

Pelanggan juga boleh membeli Kek Lapis Sarawak melalui laman e-dagang seperti Lazada dan Shopee. Jenama Kek Lapis Sarawak telah dikategorikan sebagai ‘preferred seller’ di Shopee. Ini merupakan hasil daripada permintaan dan pembelian yang dilihat semakin meningkat saban tahun.


Promosi melalui YouTube & TikTok:









Promosi melalui Facebook:






Promosi melalui Laman Sesawang / Website / Blog:



Promosi melalui Shopee / Lazada :



Comments