4.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN TRANSFORMASI DIGITAL DALAM PERNIAGAAN
4.1 Budaya Kerja
- Antara faktor utama yang mempengaruhi kejayaan transformasi digital dalam perniagaan adalah pengaruh terhadap budaya organisasi itu sendiri. Pengurus yang mempunyai visi yang kehadapan dan berpandangan jauh akan menggunakan segala input yang ada bagi mengahasilkan keuntungan yang maksimum. Mereka ini akan menggalakkan budaya inovasi dalam proses pengeluaran dan menerima segala perubahan dalam kalangan pekerja termasuklah penggunaan teknologi. Penyediaan latihan dan sokongan dalam perkhidmatan yang kerap juga memainkan peranan yang penting bagi membantu pekerja menyesuaikan diri dengan perubahan baharu lebih - lebih lagi dalam aspek penggunaan teknologi digital. Latihan dalam perkidmatan yang berkesan mampu melahirkan pekerja mahir seterusnya membantu memberikan tunjuk ajar kepada pekerja lain seterusnya menghasilkan pekerja yang berkualiti bagi mengaplikasikan penggunaan teknologi digital dalam perniagaan.
4.2 Kemudahan Teknologi & Infrastruktur
- Perkembangan teknologi memberikan impak yang positif kepada kehidupan manusia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kemudahan ini juga memainkan peranan dalam perubahan yang berlaku di arus ekonomi dan urusan perniagaan kerana teknologi membantu dalam proses pengeluaran
- Perniagaan yang mengutamakan teknologi dan infrastruktur sememangnya dapat membantu dalam proses tranformasi digital. Penggunaan teknologi digital di dalam perniagaan yang melibatkan internet dan penggunaan gadjet memerlukan teknologi yang terkini untuk berfungsi dengan baik. Penekanan terhadap teknologi dan pemastian infrastruktur yang kukuh dalam perniagaan akan menghasilkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Hal ini kerana perniagaan yang dijalankan secara atas talian dan digital adalah dilihat sebagai fenomena dalam perniagaan dan disambut baik oleh ramai pengguna.
4.3 PENGGUNA
- Kepuasan pengguna memainkan peranan penting dalam mengekalkan keuntungan kepada perniagaa selari dengan misi perniagaan iaitu memaksimumkan keuntungan. Selain memenuhi cita rasa pengguna, transformasi perniagaan ke arah teknologi digital dapat mengurangkan kos pembelian contohnya melalui pembelian secara atas talian yang tidak memerlukan pengguna untuk berurusan secara fizikal. Selain itu pembelian secara digital ini mampu menjimatkan masa kedua dua belah pihak kerana urusan pembelian atas talian adalah lebih cepat dan efisen. Pelanggan yang berpuas hati dengan perniagaan dan servis yang disediakan akan cenderung untuk mengulangi pembelian seterusnya memberikan keuntungan kepada perniagaan. Intiharnya perniagaan akan bertambah maju dan mampu untuk memberikan saingan dalam ekonomi
4.4. DATA DAN ANALITIK
- Data merupakan satu hasil maklumat yang dikumpulkan atau direkodkan untuk tujuan analisis dalam perniagaan. Data terhasil dari pelbagai sumber seperti transaksi jualan, tindak balas, trend pasaran dan interaksi pelanggan. Hasil yang dikumpulkan merupakan asas penting dalam membuat keputusan yang berasaskan bukti dan strategi bagi perniagaan membuat penambahbaikan terhadap produk atau perkhidmatan. Tujuan data ini dikumpul adalah untuk memahami keperluan pengguna berdasarkan demografi, latar belakang sosial dan tingkah laku pengguna.
- Melalui perkembangan teknologi digital dalam perniagaan, data dan analitik yang dikumpul adalah lebih tepat berbanding dengan data yang dikumpul menggunakan kaedah yang lama. Perniagaan kini bukan sahaja dapat mengumpul maklumat tindak balas pengguna tetapi juga mampu untuk menganalisis data mengenai trend pasaran, ekonomi semasa dan prestasi perniagaan bagi membuat keputusan yang lebih strategik
Comments
Post a Comment