PEMASARAN DIGITAL


 



1.0 PENGENALAN KEPADA PEMASARAN DIGITAL

Pada masa kini, trend pemasaran perniagaan berubah dengan cepat. Sementara itu, pasaran sedang menyaksikan peralihan daripada pemasaran tradisional kepada secara digital.

Para usahawan masa kini perlu beralih dari platform tradisional kepada platform digital. Ini untuk mempromosikan jenama mereka, seperti laman sesawang e-dagang, iklan carian, dan e-mel, dengan tujuan mencapai jumlah sasar pasaran yang maksimum.

Adalah penting untuk memilih platform yang sesuai untuk menjalankan iklan pemasaran. Ia tidak hanya meningkatkan jualan produk, tetapi ia juga membantu dalam menarik pelanggan yang setia kepada barangan atau perkhidmatan anda.

Selain itu, pertumbuhan teknologi maklumat mempunyai kesan tidak langsung ke atas pertumbuhan ekonomi Malaysia. Perdagangan sangat terjejas oleh peningkatan pengguna Internet Malaysia. Ia telah ditunjukkan bahawa internet mempunyai kesan yang besar terhadap orang di seluruh dunia, termasuk usahawan (Noordin, 2012).







Comments