KEFUNGSIAN PASARAN DIGITAL


2.0 KEFUNGSIAN PASARAN DIGITAL
Terdapat beberapa fungsi yang terdapat di dalam pasaran digital iaitu;
  1. keperibadian,
  2. privasi,
  3. khidmat pelanggan,
  4. komuniti,
  5. tapak,
  6. keselamatan dan promosi jualan.
Namun kita akan menyentuh fungsi yang selalu kita lihat dan gunakan iaitu fungsi pasaran digital dalam promosi jualan. Kalau dapat kita lihat bagi pasaran tradisional promosi jualan berpandukan buku-buku atau naskah katalog menerangkan setiap perincian produk jualan kita kepada pengguna.

Kini dengan adanya pasaran digital, promosi jualan atas talian memperkenalkan Pemasaran e-Katalog. e-Katalog ini boleh diperolehi di dalam belian atas talian, sosial media dan sesawang seperti Shopee, E-bay, Lazada dan lain-lain. Di mana, pengguna boleh mengunjungi laman-laman sesawang ini dan melihat produk-produk pada masa diperlukan dan walau dimana pelanggan berada. Ini sekaligus akan menjimatkan masa penjual dan pembeli dan jual beli lebih mudah dan pantas.









Comments