5.0 CABARAN CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MEMASARKAN PRODUK PERNIAGAAN ANDA SECARA DALAM TALIAN BERBANDING PASARAN TRADISI
Antara cabaran yang besar dalam mempromosikan produk-produk kepada masyarakat umum menggunakan pasaran digital ini adalah di mana terdapat persaingan yang sengit di antara peniaga-peniaga produk yang lain. Mereka juga telah menggunakan pasaran digital untuk mempromosikan produk-produk mereka kepada orang ramai.
Maka, banyak usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk membezakan diri dari pesaing dan menarik pelanggan. Dalam menangani persaingan yang sengit, tidak semua orang mempunyai pengetahuan teknikal yang diperlukan untuk menjalankan bisnes atas talian. Mempelajari dan mengendalikan aspek seperti pembangunan laman sesawang dan pemasaran digital boleh menjadi cabaran bagi sesetengah peniaga.
Oleh yang demikian bagi memantapkan lagi pemasaran melalui dalam talian ini, peniaga-peniaga haruslah mengambil langkah inisiatif bagi mempelajari atau menghadiri kursus-kursus berkenaan dengan pasaran digital dari masa ke semasa.
Comments
Post a Comment